1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula
perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan
kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya
ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan.
Sebar2kan mesej yang baik ini.
Sumber daripada E-Mail.
Want one? Go to geocities.com/testiflash - Love!
Untuk pertama kalinya aku menyaksikan Shafy berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa.Walaupun sekejap cuma, aku tahu perkembangan dia tidak terbantut. Ye lah aku risau le dah le tak minum susu siang hari hehehe. Alhamdulillah... Shafy sihat adanya sekarang ni.
Apa lagi nak cerita. Malam ni mertua nak datang, oleh itu aku bertukar menjadi seekor lipas kudung hehehe. Kemas apa-apa yang patut. Huh! berpeluh-peluh tapi aku puas hati sebab dapat buat sehabis baik.
kejap lagi nak ambil Shafy dari rumah babysitter. Tinggal pinggan je belum basuh.
Jumpa lain kali...tata
Seminggu yang lalu Shafy demam, aku ingat demam kenapa lah rupanya nak tumbuh gigi lagi. Kali ini gigi belah atas pula, baru kelihatan 2 batang. Aku periksalah lagi mana tahu ada lagi yang nak tumbuh confirm ada 2 batang lagi nak tumbuh. Makin lah dia rajin gigit-gigit orang. Belah bawah masih 2 batang. So sekarang ni Shafy dah ada 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah. Sakit betul kalau dia gigit. Menjerit Ummi. Kalau Papa dia suka gigit kat bahagian kaki Papa.. hehehehe. Papa pun menjerit kena gigit dengan Shafy.
Semalam Shafy dah pandai minum pakai cawan yang ada straw tu. hehehe elok je dia menyedut air dari cawan tu. Makin pandai anak Ummi ni. Aku terfikir agak-agak kalau letak susu dalam tu dia nak tak minum. Kira ganti botol lah. Akan ku cuba nanti.
Apa lagi yang Shafy dah pandai ya. Hehehe sekarang ni dia dah pandai menangis kalau Ummi menghilangkan diri. Dia takut kena tinggal macam hari-hari kerja. Ummi hilang sekejap minum air pun menangis sampai meleleh-leleh airmata.
Ada lagi aku baru teringat, dia dah pandai nak ikut gerak laku yang aku buat. Contohnya kalo aku nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star siap buat aksi tangan berkelip-kelip, tangan dia pun bergerak sama nak buat cam Ummi juga hehehe. Dah pandai melambai tapi kadang dia tak mahu buat kalau disuruh. Suka buat tiba-tiba je tanpa dijangka.
Setakat ni aku berpuashati dengan perkembangan dia kalau nak diikutkan Papa dia 9 bulan dah pandai jalan, aku pula tak tahu lah sebab lupa nak tanya Mak aku. Kadang tu rasa tertekan juga bila ada orang tanya dah pandai jalan ke Shafy aku cuma mampu jawab belum. Lagipun setiap kanak-kanak tu perkembangan dia lain-lain jadi tak perlulah nak dbandingkan dengan siapa-siapa. Nanti kemudian hari pandai lah dia jalan. Kalau dah pandai jalan orang tanya pula, dah pandai cakap ke hmmmm manusia ni kan tak pernah rasa puashati hehehehe
Oklah setakat ni saja lah cerita tentang perkembangan Shafy.
Hmmm lama dah kan aku tak update blog ni. Penat pun 1 hal. Internet connection problem pun 1 hal, jadi tak dapat nak update blog ni. Lg pun aku ni banyak sangat benda nak cerita sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu. Hehehehe
Hari ni cukuplah 2 minggu aku kerja kat chemical company tu. Oklah kerja dia. Kerja sebagai admin assistant, banyak yang confidential. Tentang kerja tak dapat lah aku cerita banyak-banyak.
Sehingga ke hari ini, Shafy memang tak mahu menyusu dari botol. Even aku dah pam susu badan dia tetap tak mahu. Dia nak direct breastfeed, kesian dia siang hari tak menyusu. Kadang akak tu bagi juga pakai sudu tapi dia minum skit je dalam 1oz. Biasanya bila malam memang dia asyik lah bergayut dengan ummi.
Setiap hari aku bangun pukul 6.00pg. Setiap hari juga aku masak bubur ayam campur carot and daun sup buat bekal Shafy makan kat rumah babysitter. Banyak juga aku masak, habis dia makan sebab tak menyusu jadi dia lapar. Alhamdulillah dia nak makan,kalau tidak tak tahu lah ummi nak buat apa. Akak tu bagi dia air masak je. Kadang dia nak minum susu formula (snow)tapi jarang lah.
Aku risau ni tapi aku nak buat apa? hmmm setiap hari memikirkan Shafy kalau kat tempat kerja tu. Aku risau tumbesaaran dia terbantut ke apa ke...huhuhuhu apalah yang patut aku buat....
Shafy dengan ratle yg dia buat bising ketuk-ketuk kat katil hospital hehehe & soft toy yg auntie Nami belikan. Masa mula masuk isolation wad ni Shafy dah kene amik darah dan dipasang line utk masuk air. Siap balut2 lg tu, tp disebabkan Shafy rajin gigit2 benda tu lama2 dia tercabut. Habis kuar darah ingatkan kenapa rupanya dah tercabut elok je masa angkat dia terjatuh ke bawah. Hehehehe. Shafy rasa tak selesa & bebas kot ada line tu kat tangan dia. Tag yg kat tangan kiri dia tu pun asik le nak terkeluar sbb di tarik-tarik, di gigit-gigit. Alhamdulillah doktor kata cuma jangkitan virus. Sok ptgnya dia dah leh kuar, kira 1 hari le Shafy kat dlm wad tu. Aku boleh berbangga sebab proses penyembuhan dia cepat oleh kerana dia masih menyusu badan.
Pergi tesco semalam, ternampak walker ni. Harga mmg berpatutan. Brand Tesco hehehe. Yang brand lain harga dia melebihi kemampuan kami. Memula Papa pasang, Shafy dah nangis ketakutan. Maybe sebab dia besar lepas tu color putih terang warna warni. Malam tu try gak suh dia main-main tapi dia menangis kuat hehehe apalah anak Ummi ni. Pagi tadi baru dia nak main-main dgn walker ni. Kira baru nak bermesralah, picit-picit keluar bunyi suka dia. Tghari sikit dia dah mula main tolak-tolak bila Ummi ada kat belakang le. Dia takut jatuh. Bila dia tahu kita kat belakang dia, wah! laju dia tolak walker tu. Berusahalah anakku! hehehehe
Hahahaha ada ke play gym dia jadikan walker. Dia tolak benda tu sambil berjalan. Ummi risau jek sbb benda tu ringan, takut tertonggeng je. Sib baik Shafy pandai control benda tu. Dia tolak dari dari depan tv sampai ke kawasan dapur. Lepas tu pusing balik tolak sampai ke depan meja komputer hehehe. Abis satu rumah dia pusing pakai play gym tu. Play gym ni brand tesco harga mmg berpatutan.