Semalam aku cuba memasak bubur tepung beras untuk Shafy makan. Shafy makan banyak la pulak bubur ni. Bubur ni aku campur dengan susu Isomil, MIL (mother in law) yg belikan. Buat perisa bubur tu. Hari ini pun aku cuba lagi bagi dia makan bubur ni, memang dia suka bubur tepung beras ni.

Nak di bandingkan dengan bubur nasi, bubur nasi & sup dia lagi suka bubur tepung beras. Maybe teksur dia lembut sebab dia masih baru lagi dengan makanan pejal ni. Ikut kata misi 7bulan baby dah boleh bagi nasi yg di lecek je tapi Shafy tak mahu lak. Lain baby lain citarasa dia.

Mungkin juga sebab rasa susu Isomil tu kot. Hmmm bijak-bijak anak ummi nak yg mahal jek hehehe.

Ini dia resipi bubur tepung beras

Bahan2

  1. 1 sudu tepun beras
  2. 1 sudu susu formula (aku guna Isomil soya)
  3. 1 cawan air masak
Cara2
  1. Bancuh tepung beras dengan air sehingga ia larut
  2. Campurkan susu formula kacau sebati
  3. Didihkan atas api yg sederhana sehingga ia menjadi kental dan masak
  4. Untuk memastikan bubur ini benar2 masak, ia akan mengeluarkan buih2 angin seperti meletup2. Itu tandanya dah masak.
  5. Sejukkan sebelum diber pada baby. Jika terasa pekat boleh di campur air masak sedikit.

Resipi ni cam resipi pd entry yg lepas cuma x letak tepung kastard. TU anam dia Puding baby hehehe.

1 comments:

mcm sedap jek yer bubur ni...
mak2 budak pun leh try skali nih..ehekkk