Disebabkan aku ni "loves to look for information" aku cari info ttg skor Apgar. Aku selalu tgk kat belakang buku merah mengandung tu kat rekod kelahiran Shafy ada skor Apgar dia tulis 9 atas nya ada 1. Aku tertanya2 apa lah skor Apgar ni? hmmm apa kene mengena dgn baby baru lahir?

Makanya aku ingin berkongsi maklumat yg aku dapat tentang skor Apgar ni. Skor Apgar adalah kaedah untuk menilai tahap kesihatan bayi selepas dilahirkan. Nama Apgar tu diambil dari nama Dr. Virginia Apgar dari AS yang memperkenalkan sistem yg mudah dan cepat untuk menilai keadaan bayi baru lahir.

Ia dibuat dengan melihat kepada warna kulit bayi,kadar denyutan nadi,tindak balas terhadap rangsangan,kekuatan otot dan pernafasan bayi. Biasanya skor dibuat pada minit pertama dan kelima. Setiap satu akan diberi markah sifar, satu atau dua dan bila dicampurkan skor maksimumnya adalah 10.

Sesetengah bayi akan mendapat 9 skor dan 7 skor pada minit pertama. Kebanyakan bayi pula akan mendapat 9 skor pada minit ke lima dan tiada satu bayi pun yang akan dapat skor penuh iaitu 10.

0 comments: