Shafy dengan ratle yg dia buat bising ketuk-ketuk kat katil hospital hehehe & soft toy yg auntie Nami belikan. Masa mula masuk isolation wad ni Shafy dah kene amik darah dan dipasang line utk masuk air. Siap balut2 lg tu, tp disebabkan Shafy rajin gigit2 benda tu lama2 dia tercabut. Habis kuar darah ingatkan kenapa rupanya dah tercabut elok je masa angkat dia terjatuh ke bawah. Hehehehe. Shafy rasa tak selesa & bebas kot ada line tu kat tangan dia. Tag yg kat tangan kiri dia tu pun asik le nak terkeluar sbb di tarik-tarik, di gigit-gigit. Alhamdulillah doktor kata cuma jangkitan virus. Sok ptgnya dia dah leh kuar, kira 1 hari le Shafy kat dlm wad tu. Aku boleh berbangga sebab proses penyembuhan dia cepat oleh kerana dia masih menyusu badan.

0 comments: