Untuk pertama kalinya aku menyaksikan Shafy berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa.Walaupun sekejap cuma, aku tahu perkembangan dia tidak terbantut. Ye lah aku risau le dah le tak minum susu siang hari hehehe. Alhamdulillah... Shafy sihat adanya sekarang ni.
Apa lagi nak cerita. Malam ni mertua nak datang, oleh itu aku bertukar menjadi seekor lipas kudung hehehe. Kemas apa-apa yang patut. Huh! berpeluh-peluh tapi aku puas hati sebab dapat buat sehabis baik.
kejap lagi nak ambil Shafy dari rumah babysitter. Tinggal pinggan je belum basuh.
Jumpa lain kali...tata
Seminggu yang lalu Shafy demam, aku ingat demam kenapa lah rupanya nak tumbuh gigi lagi. Kali ini gigi belah atas pula, baru kelihatan 2 batang. Aku periksalah lagi mana tahu ada lagi yang nak tumbuh confirm ada 2 batang lagi nak tumbuh. Makin lah dia rajin gigit-gigit orang. Belah bawah masih 2 batang. So sekarang ni Shafy dah ada 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah. Sakit betul kalau dia gigit. Menjerit Ummi. Kalau Papa dia suka gigit kat bahagian kaki Papa.. hehehehe. Papa pun menjerit kena gigit dengan Shafy.
Semalam Shafy dah pandai minum pakai cawan yang ada straw tu. hehehe elok je dia menyedut air dari cawan tu. Makin pandai anak Ummi ni. Aku terfikir agak-agak kalau letak susu dalam tu dia nak tak minum. Kira ganti botol lah. Akan ku cuba nanti.
Apa lagi yang Shafy dah pandai ya. Hehehe sekarang ni dia dah pandai menangis kalau Ummi menghilangkan diri. Dia takut kena tinggal macam hari-hari kerja. Ummi hilang sekejap minum air pun menangis sampai meleleh-leleh airmata.
Ada lagi aku baru teringat, dia dah pandai nak ikut gerak laku yang aku buat. Contohnya kalo aku nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star siap buat aksi tangan berkelip-kelip, tangan dia pun bergerak sama nak buat cam Ummi juga hehehe. Dah pandai melambai tapi kadang dia tak mahu buat kalau disuruh. Suka buat tiba-tiba je tanpa dijangka.
Setakat ni aku berpuashati dengan perkembangan dia kalau nak diikutkan Papa dia 9 bulan dah pandai jalan, aku pula tak tahu lah sebab lupa nak tanya Mak aku. Kadang tu rasa tertekan juga bila ada orang tanya dah pandai jalan ke Shafy aku cuma mampu jawab belum. Lagipun setiap kanak-kanak tu perkembangan dia lain-lain jadi tak perlulah nak dbandingkan dengan siapa-siapa. Nanti kemudian hari pandai lah dia jalan. Kalau dah pandai jalan orang tanya pula, dah pandai cakap ke hmmmm manusia ni kan tak pernah rasa puashati hehehehe
Oklah setakat ni saja lah cerita tentang perkembangan Shafy.
Hmmm lama dah kan aku tak update blog ni. Penat pun 1 hal. Internet connection problem pun 1 hal, jadi tak dapat nak update blog ni. Lg pun aku ni banyak sangat benda nak cerita sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu. Hehehehe
Hari ni cukuplah 2 minggu aku kerja kat chemical company tu. Oklah kerja dia. Kerja sebagai admin assistant, banyak yang confidential. Tentang kerja tak dapat lah aku cerita banyak-banyak.
Sehingga ke hari ini, Shafy memang tak mahu menyusu dari botol. Even aku dah pam susu badan dia tetap tak mahu. Dia nak direct breastfeed, kesian dia siang hari tak menyusu. Kadang akak tu bagi juga pakai sudu tapi dia minum skit je dalam 1oz. Biasanya bila malam memang dia asyik lah bergayut dengan ummi.
Setiap hari aku bangun pukul 6.00pg. Setiap hari juga aku masak bubur ayam campur carot and daun sup buat bekal Shafy makan kat rumah babysitter. Banyak juga aku masak, habis dia makan sebab tak menyusu jadi dia lapar. Alhamdulillah dia nak makan,kalau tidak tak tahu lah ummi nak buat apa. Akak tu bagi dia air masak je. Kadang dia nak minum susu formula (snow)tapi jarang lah.
Aku risau ni tapi aku nak buat apa? hmmm setiap hari memikirkan Shafy kalau kat tempat kerja tu. Aku risau tumbesaaran dia terbantut ke apa ke...huhuhuhu apalah yang patut aku buat....