Seminggu yang lalu Shafy demam, aku ingat demam kenapa lah rupanya nak tumbuh gigi lagi. Kali ini gigi belah atas pula, baru kelihatan 2 batang. Aku periksalah lagi mana tahu ada lagi yang nak tumbuh confirm ada 2 batang lagi nak tumbuh. Makin lah dia rajin gigit-gigit orang. Belah bawah masih 2 batang. So sekarang ni Shafy dah ada 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah. Sakit betul kalau dia gigit. Menjerit Ummi. Kalau Papa dia suka gigit kat bahagian kaki Papa.. hehehehe. Papa pun menjerit kena gigit dengan Shafy.

Semalam Shafy dah pandai minum pakai cawan yang ada straw tu. hehehe elok je dia menyedut air dari cawan tu. Makin pandai anak Ummi ni. Aku terfikir agak-agak kalau letak susu dalam tu dia nak tak minum. Kira ganti botol lah. Akan ku cuba nanti.

Apa lagi yang Shafy dah pandai ya. Hehehe sekarang ni dia dah pandai menangis kalau Ummi menghilangkan diri. Dia takut kena tinggal macam hari-hari kerja. Ummi hilang sekejap minum air pun menangis sampai meleleh-leleh airmata.

Ada lagi aku baru teringat, dia dah pandai nak ikut gerak laku yang aku buat. Contohnya kalo aku nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star siap buat aksi tangan berkelip-kelip, tangan dia pun bergerak sama nak buat cam Ummi juga hehehe. Dah pandai melambai tapi kadang dia tak mahu buat kalau disuruh. Suka buat tiba-tiba je tanpa dijangka.

Setakat ni aku berpuashati dengan perkembangan dia kalau nak diikutkan Papa dia 9 bulan dah pandai jalan, aku pula tak tahu lah sebab lupa nak tanya Mak aku. Kadang tu rasa tertekan juga bila ada orang tanya dah pandai jalan ke Shafy aku cuma mampu jawab belum. Lagipun setiap kanak-kanak tu perkembangan dia lain-lain jadi tak perlulah nak dbandingkan dengan siapa-siapa. Nanti kemudian hari pandai lah dia jalan. Kalau dah pandai jalan orang tanya pula, dah pandai cakap ke hmmmm manusia ni kan tak pernah rasa puashati hehehehe

Oklah setakat ni saja lah cerita tentang perkembangan Shafy.

0 comments: