Hmmm lama dah kan aku tak update blog ni. Penat pun 1 hal. Internet connection problem pun 1 hal, jadi tak dapat nak update blog ni. Lg pun aku ni banyak sangat benda nak cerita sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu. Hehehehe

Hari ni cukuplah 2 minggu aku kerja kat chemical company tu. Oklah kerja dia. Kerja sebagai admin assistant, banyak yang confidential. Tentang kerja tak dapat lah aku cerita banyak-banyak.

Sehingga ke hari ini, Shafy memang tak mahu menyusu dari botol. Even aku dah pam susu badan dia tetap tak mahu. Dia nak direct breastfeed, kesian dia siang hari tak menyusu. Kadang akak tu bagi juga pakai sudu tapi dia minum skit je dalam 1oz. Biasanya bila malam memang dia asyik lah bergayut dengan ummi.

Setiap hari aku bangun pukul 6.00pg. Setiap hari juga aku masak bubur ayam campur carot and daun sup buat bekal Shafy makan kat rumah babysitter. Banyak juga aku masak, habis dia makan sebab tak menyusu jadi dia lapar. Alhamdulillah dia nak makan,kalau tidak tak tahu lah ummi nak buat apa. Akak tu bagi dia air masak je. Kadang dia nak minum susu formula (snow)tapi jarang lah.

Aku risau ni tapi aku nak buat apa? hmmm setiap hari memikirkan Shafy kalau kat tempat kerja tu. Aku risau tumbesaaran dia terbantut ke apa ke...huhuhuhu apalah yang patut aku buat....

0 comments: