Semalam g JJ bukit raja...igt nak g tgk geng pengembaraan tp keciwanya kami dah fullhouse...then try tny untuk hari sabtu dan ahad...pun dia kata fullhouse huhuhuhuhu...nak tgk sgt sbb nak tgk shafy bleh x duk dlm wayang tu diam2...x pernah lg g tgk wayang dgn dia...tentu dia ske...tgk preview kat dlm website dia shafy dah teruja lg kan tgk wayang...hmmm nak tgk hari2 biasa cam x dan je...try le juga nnt sampai bleh tgk...

hehehe aku jual huggies dry M size...sbb apa tau...shafy dah x muat tang peha dia...asik le dok ngadu "atit" "atit" sambil tunjuk peha dia...rupanya dah ketat...itu pun selepas shopping brg br tergerak nak tgk tulisan depan dia tulis utk(5-10kg)...la patut la shafy dah ketat...la ni ada 2 paket huggies dry M = 168keping...

tp sori ek sapa2 yg berminat tu...dah sold out...member satu tmpt keje dah bersetuju nak beli...hehehe...dari membazir baik la jual murah2...masa beli 1 rm35...x pe la kan dah rezeki baby girl tu...

Adeh la penat aku edit meng-edit blog ni...taraaa akhirnya new skin...ok x? ada lg widget nak tmbh tp ngantuk dah...la ni kul 1 pg...shafy dah lama berlayar...papa shafy lak tgh layan mp3 kat dlm bilik lg 1...sure tido dah...aku jeles dgn dia...asal letak pale kat bantal trus hanyut...aku plak biasanya terkebil-kebil tgk kiri kanan x leh tido lg...ada sleeping disoreder kot aku ni...hihihi tp harap2 xde la ye...len kali la cite psl sleeping disorder ni...penat dah mata...

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

copy paste dr TERATAK hehee. ni utk simpanan peribadi.

Hari sabtu yang lepas g jln2 ke zoo negara. Ni gambar dlm kereta masa nak g ke sana.





more pictures ANAT

Sekarang ni suka sgt tgk citer Anak Betong. Abis je keje kul 4.15ptg trus g bilik rehat kat asrama sbb papa shafy sampai biasanya dlm kul 5, kdg kul 5.30, kdg kul 6, kdg kul 6.30...ikut suka dia la nak dtg kul bape hehehe. sebenarnya bkn nak cite psl anak betong cuma nak kongsi selawat syifa ni dgn kawan2



nak download kat sini Selawat Syifa



Kelebihan Selawat

Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa :

"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata kepadaku :

Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar".

Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu"

Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"

Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para anbia.

Hari ni kami b/fast ala2 omputih...garlic bread n mushroom soup segera cap campbells...kebetulan ada roti bleh ar wat...semuanya segera je tinggal sapu je...pakai planta je sbb dah pernah try pakai buttercup terlebih masin lak rasanya...







Resipi garlic Bread versi as@shyeye

Bahan2nya seperti di atas...cuma terlupa snap gambo roti gardenia je

Cara2nya memula amik roti belah 2 (jd 3segi), lepas tu amik planta sapu atas roti disudahi dgn menabur garlic bread seasoning diatasnya, bakar didlm oven toaster selama 3-4min, dah bunyi ting! kuarkan ye lama2 dlm tu nnt dia rentung hahaha(pernah terjd 1 ketika dulu,bila nak mkn kuarkan mmg rentung da). Sup cendawan plak, tuang dlm mangkuk berisi air then msk dlm microwave level high selama 2-3 min sahaja.

Tara...siap lah garlic bread with mushroom sup




gambo dgn shafy kredit to demetrie

Video taken by anat @ papa shafy guna hp je...






semalam sempat post video je, x sempat nak cerita2. lagipun makcik ni x reti sgt le bab bercerita ni...ayat sure x best punya hehehe. kita pendek kan la ya, gath TDC #1 bg thn 2009 ni berjalan dgn jayanya. seronok + penat kene kejar shafy. mmg le makcik ni suka main bowling tp memikirkan anakku sorang yg x tau diam ni bg le kat papa shafy je main.

gathering ni ada suka dan dukanya...yang suka2nya korang leh tgk video tu tp yang dukanya...cian shafy langgar cermin sbb nak lari dr ummi, benjol besar giler kat dahi dia. masa tu dia majuks sbb ummi x mau bawak keluar kat area main entrance dpn tu kan ada air...dia duk le kat pintu tu, masa ummi dtg nak pujuk dia berlari sekuat ati g belah kiri...dia x perasan kot belah kiri tu cermin igt bleh kuar gitu...makanya "dung" sekuat ati dia terhantuk kat cermin tu...lps tu tergolek dog (bak kata org2 muda)...dan sekuat ati dia la juga menangis...gambo dahi benjol nnt makcik tepek ek...dlm hp papa shafy...



shafy ni kalo dia penat, ngantuk mmg gitu cpt majuks, angin x rata...sblm blk tu sempat le belikan dia kasut getah wat pakai harian,seploh hinggit je...then kuar je alamanda x sampai 10min shafy dah out zzzzzzz...sampai umah around 7.15pm...maka dlm mamai2 kami (ngantuk + penat) naik la plak tingkat 5...waduh2, 2 kali gak berhenti penat...tp shafy maintain tido papa yg dukung...sampai umah shafy sambung tido...ummi & papa mandi manda rehat wat apa2 yg patut sementara shafy tido...shafy kul 9pm br bgn...

Lg gambo at alamanda







hehehe semlm ada road run @ rentas desa sekolah...bertempat di taman pertanian malaysia bukit cahaya sri alam...seronok rasa cam berkelah je...rasanya thn depan wat kat sini lagi kot bak kata GPK1...makan burger je...budak2 pun sama. Ada yang x mau mkn, ada yg dah amik dtg kali ke-2 nak lg...hahaha mcm2 hal le budak2 ni...ahli2 syurga ni nak marah lebih2 pun x sampai ati...layan kan je la...tp budak2 darjah 1-2 x lari...cuma darjah 3,4 & 5 je.

seronok je tgk cikgu2 ada rumah sukan sendiri, cam ppm ni xde pun...kan best kalo di letak dlm rumah sukan gak....baru lah meriah kami ni jd penyokong...

setiap kali tunggu suami tercinta amik, selalu terbaca kata2 ni kat area depan ofis pentadbiran...aku ske la kata2 dia...meh kita renung kita yang mana 1?????

Sebelum raya cina aku ada belajar mewarna dr cikgu pendidikan seni @ cikgu kelas yg aku jaga skrg ni. sebelum2 ni yg ajar pendidikan seni semua bidan terjun. Dapat cikgu yang memang tau ttg teknik2 mewarna ni aku pun amik le kesempatan belajar sama. sambil2 bantu,tolong budak2 ni...aku pun mewarna sama. Aku guna kaler pensel je dulu...lps ni nak try pakai kaler oil pastel plak. ni la hasil pembelajaran aritu...sebiji x cam buah nenas yg sebenar hehehe






Gambar ni amik masa majlis sepupu belah papa 31/1/2009, orang semua dah kat luar kami duk kat dpn pelamin rilek2...sambil shafy posing...ummi malas nak posing...dgn raja sehari pun malas...hahaha datang angin malas nak bergambo...






Ni antara hobi baru yang x berapa baru la...dulu2 ada wat gak tp yang sempoi2 je...la ni dah bergerak setapak ke hadapan...yang menjalar kaler hijau tu latest projek...semua kat baju sendiri...sori ye gambo blur skit amik pakai hp je...
p/s : sedia menerima tempahan