Semalam g JJ bukit raja...igt nak g tgk geng pengembaraan tp keciwanya kami dah fullhouse...then try tny untuk hari sabtu dan ahad...pun dia kata fullhouse huhuhuhuhu...nak tgk sgt sbb nak tgk shafy bleh x duk dlm wayang tu diam2...x pernah lg g tgk wayang dgn dia...tentu dia ske...tgk preview kat dlm website dia shafy dah teruja lg kan tgk wayang...hmmm nak tgk hari2 biasa cam x dan je...try le juga nnt sampai bleh tgk...

hehehe aku jual huggies dry M size...sbb apa tau...shafy dah x muat tang peha dia...asik le dok ngadu "atit" "atit" sambil tunjuk peha dia...rupanya dah ketat...itu pun selepas shopping brg br tergerak nak tgk tulisan depan dia tulis utk(5-10kg)...la patut la shafy dah ketat...la ni ada 2 paket huggies dry M = 168keping...

tp sori ek sapa2 yg berminat tu...dah sold out...member satu tmpt keje dah bersetuju nak beli...hehehe...dari membazir baik la jual murah2...masa beli 1 rm35...x pe la kan dah rezeki baby girl tu...

Adeh la penat aku edit meng-edit blog ni...taraaa akhirnya new skin...ok x? ada lg widget nak tmbh tp ngantuk dah...la ni kul 1 pg...shafy dah lama berlayar...papa shafy lak tgh layan mp3 kat dlm bilik lg 1...sure tido dah...aku jeles dgn dia...asal letak pale kat bantal trus hanyut...aku plak biasanya terkebil-kebil tgk kiri kanan x leh tido lg...ada sleeping disoreder kot aku ni...hihihi tp harap2 xde la ye...len kali la cite psl sleeping disorder ni...penat dah mata...

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

copy paste dr TERATAK hehee. ni utk simpanan peribadi.

Hari sabtu yang lepas g jln2 ke zoo negara. Ni gambar dlm kereta masa nak g ke sana.





more pictures ANAT

Sekarang ni suka sgt tgk citer Anak Betong. Abis je keje kul 4.15ptg trus g bilik rehat kat asrama sbb papa shafy sampai biasanya dlm kul 5, kdg kul 5.30, kdg kul 6, kdg kul 6.30...ikut suka dia la nak dtg kul bape hehehe. sebenarnya bkn nak cite psl anak betong cuma nak kongsi selawat syifa ni dgn kawan2



nak download kat sini Selawat Syifa



Kelebihan Selawat

Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa :

"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata kepadaku :

Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar".

Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu"

Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"

Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para anbia.