
Hehehe sedapnya biskut rusk ni
Oits! apa amik gambar saya tgh mkn ni
Kali ini aksi dia makan biskut. Hehehe pandai betul dia beraksi depan kamera.
Malam tadi masa tengah bersantai sambil tengok tv tiba2 papa kata kat ummi " Yang shafy dah tumbuh gigi la cuba ayang rasa". Ummi pun apa lg terkejut la sebab last two days ada rasa tak ada rasa apa2 pun kat gusi dia. Terus je aku rasa kat gusi bawah dia, memang betul gigi dah mula keluar sebatang. Hehehe anak ummi dah tumbuh gigi la. Seronoknya bila rasa kat gusi dia tu dah ada gigi. Tapi dalam masa yang sama ummi jadi takut lak sebab takut kene gigit time menyusu nanti hehehe. Patut la semalam ada rasa perit skit bila dia menyusu huhuhu.
Bila aku fikir-fikir balik dua hari ni asal tidur malam je mesti dia bising. Agaknya dia x selesa kot kat bahagian gigi yang nak tumbuh tu. Patut la asik nak susu jek agaknya nak ilangkan gatal kot. Hmmm . Siapa tahu apa2 psl baby baru tumbuh gigi ni meh la kongsi kat komen.
Semalam aku cuba memasak bubur tepung beras untuk Shafy makan. Shafy makan banyak la pulak bubur ni. Bubur ni aku campur dengan susu Isomil, MIL (mother in law) yg belikan. Buat perisa bubur tu. Hari ini pun aku cuba lagi bagi dia makan bubur ni, memang dia suka bubur tepung beras ni.
Nak di bandingkan dengan bubur nasi, bubur nasi & sup dia lagi suka bubur tepung beras. Maybe teksur dia lembut sebab dia masih baru lagi dengan makanan pejal ni. Ikut kata misi 7bulan baby dah boleh bagi nasi yg di lecek je tapi Shafy tak mahu lak. Lain baby lain citarasa dia.
Mungkin juga sebab rasa susu Isomil tu kot. Hmmm bijak-bijak anak ummi nak yg mahal jek hehehe.
Ini dia resipi bubur tepung beras
Bahan2
- 1 sudu tepun beras
- 1 sudu susu formula (aku guna Isomil soya)
- 1 cawan air masak
- Bancuh tepung beras dengan air sehingga ia larut
- Campurkan susu formula kacau sebati
- Didihkan atas api yg sederhana sehingga ia menjadi kental dan masak
- Untuk memastikan bubur ini benar2 masak, ia akan mengeluarkan buih2 angin seperti meletup2. Itu tandanya dah masak.
- Sejukkan sebelum diber pada baby. Jika terasa pekat boleh di campur air masak sedikit.
Resipi ni cam resipi pd entry yg lepas cuma x letak tepung kastard. TU anam dia Puding baby hehehe.
Disebabkan aku ni "loves to look for information" aku cari info ttg skor Apgar. Aku selalu tgk kat belakang buku merah mengandung tu kat rekod kelahiran Shafy ada skor Apgar dia tulis 9 atas nya ada 1. Aku tertanya2 apa lah skor Apgar ni? hmmm apa kene mengena dgn baby baru lahir?
Makanya aku ingin berkongsi maklumat yg aku dapat tentang skor Apgar ni. Skor Apgar adalah kaedah untuk menilai tahap kesihatan bayi selepas dilahirkan. Nama Apgar tu diambil dari nama Dr. Virginia Apgar dari AS yang memperkenalkan sistem yg mudah dan cepat untuk menilai keadaan bayi baru lahir.
Ia dibuat dengan melihat kepada warna kulit bayi,kadar denyutan nadi,tindak balas terhadap rangsangan,kekuatan otot dan pernafasan bayi. Biasanya skor dibuat pada minit pertama dan kelima. Setiap satu akan diberi markah sifar, satu atau dua dan bila dicampurkan skor maksimumnya adalah 10.
Sesetengah bayi akan mendapat 9 skor dan 7 skor pada minit pertama. Kebanyakan bayi pula akan mendapat 9 skor pada minit ke lima dan tiada satu bayi pun yang akan dapat skor penuh iaitu 10.

