Imunisasi atau pelalian ialah pemberian vaksin kepada seseorang untuk melindunginya daripada beberapa penyakit tertentu. Antibodi daripada ibu akan memberi perlindungan sementara selama lebih kurang enam bulan sahaja, maka bayi perlu diberi imunisasi supaya terlindung daripada penyakit.

Imunisasi yang diberi kepada kanak-kanak serta bayi merupakan cara yang paling berkesan dan kos efektif untuk melindungi mereka dari penyakit tuberculosis (TB), difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), poliomyelitis, campak, rubella dan hepatitis B.

Walau bagaimanapun masih terdapat kanak-kanak yang tidak diberi imunisasi kerana kekurangan pengetahuan mengenai vaksin serta jadual imunisasi, salah faham mengenai kontraindikasi, kerisauan tentang kesan sampingan serta komplikasi vaksin.

Jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

(i) Bayi

Baru lahir: BCG, Hepatitis B pertama

1 bulan: Hepatitis B dos kedua

3 bulan: DPT dan OPV dos pertama

4 bulan: DPT dan OPV dos kedua

5 bulan: DPT dan OPV dos ketiga

6 bulan Hepatitis B dos ketiga

9 bulan: Campak



(ii) Kanak-kanak berusia 1-4 tahun

1 ½ - 2 tahun DPT dan OPV dos tambahan pertama

Oh! What have I done? Before sleep I took one cup of coffee (Nescafe) this is around 11.00pm. Not soon after that my baby wake up and crying for milk. I breastfeed him until his full and he fall asleep again. After I finish surfing internet around 12.30am and get ready to sleep my baby wake up again and this time with big eyes like an owl. The caffeine effected to him very fast. I try to make him sleep again with breastfeed him about 2-3 times but he doesn’t want to sleep.

Actually I’m aware of this caffeine effect to breastfeeding baby but I really miss coffee. This is because my hubby brought back one pack of coffee sample of Nescafe Body Partner. Usually if I want to take coffee I will less the coffee amount so that the effect not that strong. This is my mistake and my baby couldn’t sleep because of me. He with me right now and I don’t know want to do. Poor my baby.

I don’t want to disturb my hubby so I took my baby out from room and I started writing my blog. Now already 2.48am I have to make him sleep if not it is bad for his health. His nose already watering I don’t know if this because he is not sleep or got virus from his father as he got flu and cough.

1. Puri Sayur-sayuran
*Terlebih dahulu sayur pilihan perlu di basuh bersih-bersih. Pastikan tiada kotoran yang terlekat pada sayur seperti tanah dan benda asing.
*Setelah bersih sayur dicincang dan bolehlah direbus atau dikukus sehingga lembut dan selepas itu ditapis. Kemudian dikisar bersama-sama sedikit air rebusan untuk diberikan kepada anak.
*Untuk penambah perisa bolehlah ditambah susu badan atau formula dalam puri.


2. Puri Buah-buahan

*Buah yang hendak dijadikan purihendaklah cukup ranum. Buang kulit dan biji kemudian di potong dadu.
*Kukus bersama sedikit air sehingga lembut dan tapiskan.
*Lenyek sehingga hancur.

Hari ini aku mencuba kentang yang direbus kemudian ditambah perisa susu badan. Nampaknya dia boleh terima tak macam bubur nasi campur sayur bayam. Pertama kali bagi dia muka berkerut semacam jek hehehe kelakar muka dia.

Ini adalah ciri-ciri yang perlu diperhatikan walaupun mungkin bayi anda belum melakukan semuanya

- Sudah boleh menegakkan kepala sendiri
- Boleh duduk dengan baik di kerusi
- Boleh melakukan gerakan mengunyah
- Berat badan meningkat hingga kira-kira sudah dua kali ganda berat badan ketika lahir
- Seperti tertarik pada makanan
- Boleh menutup mulut jika disuakan sudu
- Boleh memindahkan makanan dari mulut bahagian depan ke mulut bahagian belakang
- Boleh menggerakkan lidah, dan tidak lagi mendorong makanan keluar menggunakan lidah
- kelihatan masih lapar setelah diberi lapan hingga sepuluh kali ASI atau 1200 cc susu formula
- Mulai tumbuh gigi

Jenis Makanan

- ASI atau susu formula DITAMBAH
- Bubur cereal beras atau bubur tepung beras
- Diteruskan dengan cereal biji-bijian lainnya
- Bila sudah terlihat boleh makan, boleh ditambah bubur sayuran (misal: ubi keledek, labu) atau bubur buah-buahan (misal: pisang, epal, pear)

Cara-caranya

- Mulakan dari bubur tepung beras yang sangat halus satu hari sekali, kira-kira sebanyak 1/2 sudu makan pada percubaan pertama. Mengapa beras? Beras memiliki risiko alergi yang rendah.
- Jika bayi sudah mula terbiasa makan, boleh ditambah kuantitinya atau ditambah kepekatan buburnya.
- Boleh menambahkan menu baru kepada bayi. Satu rasa setiap kali, jangan dicampur. Tunggu 4 hari untuk memperkenalkan makanan baru kepada anak, agar nampak apakah bayi memiliki reaksi alergi terhadap makanan itu.
- Beberapa orang menyarankan untuk memberikan sayuran terlebih dahulu sebelum diberikan buah-buahan, supaya bayi tidak lebih dahulu kenal manisnya buah.

Makanan yang perlu dielak

- Madu. Tidak disyorkan untuk bayi dibawah usia satu tahun, kerana ada kemungkinan terkena bakteri Clostridium Botulinum. Bayi belum memiliki imunisasi terhadap bakteri ini.
- Garam. Makanan bayi sebaiknya tidak diberi garam karena belum kuat diproses oleh ginjalnya. ASI dan formula sudah mencukupi keperluan garam ditubuhnya
- Gula. Biarkan bayi tidak terbiasa pada rasa manis yang boleh merosakkan giginya.
- Kacang. Selain ada kemungkinan tersedak, kacang juga sangat berpotensi menimbulkan reaksi alergi
- Susu lembu sebagai minuman. Juga berpotensi menjadi alergen. Kecuali produk susu seperti keju, diperbolehkan setelah bayi berusia 6 bulan.

Makanan yang dihindari hingga usia 6 bulan

- Gandum dan segala produknya. Alergen (boleh menimbulkan reaksi alergi)
- Telur. Alergen, terutama bahagian putihnya yang memiliki banyak kandungan protein.
- Ikan. Alergen
- Buah-buahan masam, seperti jeruk, anggur, nanas. Perut bayi belum kuat untuk diberi makanan masam

Catatan

- Pada usia 4 - 6 bulan ini, ASI atau susu formula masih menjadi sumber utama makanan bayi. Makanan lain hanya sekadar tambahan.
- Belajar makan adalah hal yang terpenting pada usia ini. Jangan bimbang jika bayi anda hanya makan sedikit atau tidak mahu makan sama sekali. Cuba lagi di lain kali.
- Kalau bayi seperti mendorong makanan dengan lidahnya, mungkin bayi belum bersedia menerima makanan padat.
- Selalu menunggu 4 hari untuk memperkenalkan makanan baru kepadanya , agar nampak apakah bayi memiliki reaksi alergi terhadap makanan itu.

Sumber dari website dan majalah

Pertengahan Mac genaplah usia Shafy 6 bulan. Telatahnya sgt melucukan. Sudah pandai bergerak sendiri, sampai satu ketika ummi dia tengah seronok ber'chatting' dia sudah berada dibawah meja makan hahaha.

Mulutnya yang kepoh bila bermain seorang seolah bercerita mmg melucukan. Pot pet pot pet entah apa-apa yg dia bebelkan. Sepatah haram aku tak paham. Bila bercakap dengannya seperti ayam dan itik.

Perancangan aku ingin memberi bubur selain susu badan(breastfeeding) yang tidak henti-henti aku beri. Aku tidak berkerja,jadi memberi susu badan adalah pilihan yg terbaik. Jika satu hari aku dapat berkerja semula aku tetap akan memberi dia susu badan. Jimat kos untuk susu formula.

Akan aku ceritakan tentang makanan tambahan untuk dia. Bubur dan puri samada buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Bagi ibu baru seperti aku mesti tertanya-tanya apa makanan yg sesuai untuk bayi yang baru berusia 6 bulan. 6 Bulan memang usia yang di syorkan oleh jururawat untuk makanan tambahan selain susu ibu atau susu formula. Bagi aku susu ibu tetap yg terbaik.

Aku ada baca dalam majalah keibubapaan seperti pa & ma dan ini banyak membantu ibu baru seperti aku ini. Maklumat online juga amat membantu contohnya susuibu.com dan banyak lagi website yang berkenaan dengan makanan bayi.

Dari semua maklumat yang aku dapat, bayi seusia 6 bulan sesuai di beri bubur nasi yg di kisar halus,puri buah dan puri sayuran. Untuk penambah rasa bolehlah di tambah susu ibu di dlm bubur nasi.