Adeh la Shafy punya berat dah merundum ke kaler kuning @ kurang zat makan. Buat malu je huhuhuhu. Risau gak ni. budak aktif cam gini pun di kata kurang zat makan. Berat dia cuma naik 100g jek. Sebelum angka giliran kene panggil ummi dah risau jek mesti kene bebel lg dgn misi ni huhuhu tak best tul. Masuk je bilik misi si Shafy dengan ramahnya tersengeh kat acik misi hehehe. Bila misi tengok graf berat dia, dah kaler kuning.."Alahai keciknya dia" kata si misi kepada Ummi. "Meh sini acik dukung" kata misi lagi. "Ringannya dia" misi yang kata lagi hehehe. Ummi lak kata dalam hati "Ringan? cuba angkat dia dlm 1/2 jam baru ko leh kata ringan ke dak anakku?". Dekat 6kg tu hehehe. Ceh! ada ke kata anak aku ringan.
Dalam2 borak pasal berat badan Shafy sempat ler tanya camana nak tambahkan laagi berat badan budak kecik ni. Misi suh tambah 1/2 sudu minyak dalam bubur dia. Hmmm aku punya la mengelak tak letak minyak2 ni takut ter'obes' anak aku nampaknya kene la letak gak sbb Shafy makin aktif tu pasal berat dia tak naik sgt. Lepas tu bagi dia makan banyak sikit tapi aku takut nanti kalo kasi makan banyak2 tak mahu menyusu lak. Hmmmm apa2 je la.
Next appoitment 15/5/2007, sepatutnya lagi 2 bulan dari hari ini tapi di sebabkan berat tak memberangsangkan maka kene datang lagi sebln. Akan aku pastikan dia punya berat bertambah dalam masa sebulan ni.
Tingkap dan Tangga
8 years ago
0 comments:
Post a Comment