Seronok tidak terkira bila terdengar Shafy menyebut 'ummi' malam tadi semasa dia nangis. Tidak tergambar dengan kata-kata seronok sangat sbb sebelum ni cuma dengar dia sebut 'papa' hehehe. Walaupun sebutannya masih tak jelas ia sudah cukup membuatkan aku bahagia.

Lain pula cerita pagi ni. Dia main2 dengan remote tv dan dia on. Bila dukung dia duk depan pc ni suka benar dia main dengan keyboard. Tengah suka2 tu aku pun bertanya ler saja suka2 tanya "sapa la yg on tv ni?" guess what...Shafy toleh ke arah tv bila aku sebut 'tv' maksudnya dia dah tau tv tu apa...ahaks bijak bijak anak ummi.

Petua ni aku dapat dari Mak Long hubby. Dia seorang pesara bidan kerajaan. Masa dalam pantang aku minum air ni la yg mak mentua aku buat. Sedap air dia.

Bahan2
1. Gula Batu
2. Mata Kucing (longan) kering
3. Barli

Cara2
Campur semua sekali kemudian direbus sehingga mata kucing dan barli kembang. Sejukkan kemudian diminum. Sedap rasa dia. Cuba la sesapa yg rasa2 cam susu dia dah nak kering. Insya Allah dengan izin Allah susu bertambah banyak semula. Kalo nak cepat rendam dulu mata kucing tu dgn air panas then terus rebus

Nota :

  1. Kerap bagi susu pada baby boleh juga meningkatkan pengeluaran susu
  2. Jika ibu seorang yg berkerja bolehlah di tambah kekerapan mengepam susu. Insya Allah bertambah le susu nnt.

Aku dpt 1 resipi baru buat baby yg sudah boleh makan solid food.

Bahan2
1. 1 sudu tepung beras
2. 1/4 sudu tepung kastard
3. 1 sudu susu tepung formula/ susu ibu (untuk perisa)

Cara2
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati kemudian masak sehingga kental . Pastikan ia masak jika tidak dikhuatiri baby sakit perut
2. Setelah masak tuang dlm mangkuk kemudian biarkan ia sejuk dan sedia untuk di beri pada baby.


Aku x cuba lg nanti kalo dah cuba aku paste gambar kat sini. hehehe. Bg sesapa yg ada resipi2 utk baby meh le kongsi sesama. Kita tukar2 resipi.

Resipi ni dpt dr forum susuibu

Up up and away....

Landing time....

Bermula semalam aku membuat bubur nasi + kentang + ayam + kacang panjang. Setiap 4 hari sekali baru aku akan tukar menu untuk menentukan samada dia ada alergi pd sesuatu mknn tu. Shafy semakin biasa dgn tekstur bubur blend ni. Semakin hari semakin byk dia mkn yum yum ummi dia kata hehehe. Tidak seperti mula2 dia makan bubur sikit saja.

Resipi Bubur Shafy

Bahan2
1. 1 gengam beras dicuci bersih
2. Potongan ayam sebesar 1inci x 1inci
3. 1/4 biji kentang (kentang rugget)
4. 1 btg kacang panjang dipotong pendek2 dlm 2 inci (sayur lain cthnya bayam pun boleh)
5. 1 Mangkuk air

Cara2
1. Masukkan dalam periuk semua bahan kecuali kacang panjang. Rebus sehingga beras menjadi bubur dan semua kelihatan lembut.
2. Kemudian masukkan kacang panjang rebus seketika atau sehingga kacang menjadi lembut.
3. Sejukkan kemudian kisar semua sekali kecuali sayur sehingga halus.
4. Tapis selspas di kisar untuk memastikan bubur benar2 halus. Jika bubur kelihatan pekat boleh la ditambah air masak atau susu ibu sedikit.
5. Sedia untuk di makan oleh baby yum yum....

nota : bubur ni leh 2 kali mkn @ 2 hari leh simpan peti sejuk then panaskan bila hendak bg baby.


Gambar 1st time dia mkn bubur tak berkesempatan nak transfer dr papa dia punya laptop hmmm. Nak mintak papa dia email ntah ler sure bz sesaja.

Akhirnya dapat gak transfer gambo 1st time shafy makan bubur














Kelakarnya muka dia


















Masa ni ummi & papa pakat ketawakan dia...mmg kelakar sgt muka dia. Pastu ummi rasa tak sampai hati lak tengok muka dia cam gitu trus stop. Cukuplah untuk hari tu punya testing makan bubur.

Imunisasi atau pelalian ialah pemberian vaksin kepada seseorang untuk melindunginya daripada beberapa penyakit tertentu. Antibodi daripada ibu akan memberi perlindungan sementara selama lebih kurang enam bulan sahaja, maka bayi perlu diberi imunisasi supaya terlindung daripada penyakit.

Imunisasi yang diberi kepada kanak-kanak serta bayi merupakan cara yang paling berkesan dan kos efektif untuk melindungi mereka dari penyakit tuberculosis (TB), difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), poliomyelitis, campak, rubella dan hepatitis B.

Walau bagaimanapun masih terdapat kanak-kanak yang tidak diberi imunisasi kerana kekurangan pengetahuan mengenai vaksin serta jadual imunisasi, salah faham mengenai kontraindikasi, kerisauan tentang kesan sampingan serta komplikasi vaksin.

Jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

(i) Bayi

Baru lahir: BCG, Hepatitis B pertama

1 bulan: Hepatitis B dos kedua

3 bulan: DPT dan OPV dos pertama

4 bulan: DPT dan OPV dos kedua

5 bulan: DPT dan OPV dos ketiga

6 bulan Hepatitis B dos ketiga

9 bulan: Campak



(ii) Kanak-kanak berusia 1-4 tahun

1 ½ - 2 tahun DPT dan OPV dos tambahan pertama