Petua ni aku dapat dari Mak Long hubby. Dia seorang pesara bidan kerajaan. Masa dalam pantang aku minum air ni la yg mak mentua aku buat. Sedap air dia.

Bahan2
1. Gula Batu
2. Mata Kucing (longan) kering
3. Barli

Cara2
Campur semua sekali kemudian direbus sehingga mata kucing dan barli kembang. Sejukkan kemudian diminum. Sedap rasa dia. Cuba la sesapa yg rasa2 cam susu dia dah nak kering. Insya Allah dengan izin Allah susu bertambah banyak semula. Kalo nak cepat rendam dulu mata kucing tu dgn air panas then terus rebus

Nota :

  1. Kerap bagi susu pada baby boleh juga meningkatkan pengeluaran susu
  2. Jika ibu seorang yg berkerja bolehlah di tambah kekerapan mengepam susu. Insya Allah bertambah le susu nnt.

Aku dpt 1 resipi baru buat baby yg sudah boleh makan solid food.

Bahan2
1. 1 sudu tepung beras
2. 1/4 sudu tepung kastard
3. 1 sudu susu tepung formula/ susu ibu (untuk perisa)

Cara2
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati kemudian masak sehingga kental . Pastikan ia masak jika tidak dikhuatiri baby sakit perut
2. Setelah masak tuang dlm mangkuk kemudian biarkan ia sejuk dan sedia untuk di beri pada baby.


Aku x cuba lg nanti kalo dah cuba aku paste gambar kat sini. hehehe. Bg sesapa yg ada resipi2 utk baby meh le kongsi sesama. Kita tukar2 resipi.

Resipi ni dpt dr forum susuibu

Ini adalah ciri-ciri yang perlu diperhatikan walaupun mungkin bayi anda belum melakukan semuanya

- Sudah boleh menegakkan kepala sendiri
- Boleh duduk dengan baik di kerusi
- Boleh melakukan gerakan mengunyah
- Berat badan meningkat hingga kira-kira sudah dua kali ganda berat badan ketika lahir
- Seperti tertarik pada makanan
- Boleh menutup mulut jika disuakan sudu
- Boleh memindahkan makanan dari mulut bahagian depan ke mulut bahagian belakang
- Boleh menggerakkan lidah, dan tidak lagi mendorong makanan keluar menggunakan lidah
- kelihatan masih lapar setelah diberi lapan hingga sepuluh kali ASI atau 1200 cc susu formula
- Mulai tumbuh gigi

Jenis Makanan

- ASI atau susu formula DITAMBAH
- Bubur cereal beras atau bubur tepung beras
- Diteruskan dengan cereal biji-bijian lainnya
- Bila sudah terlihat boleh makan, boleh ditambah bubur sayuran (misal: ubi keledek, labu) atau bubur buah-buahan (misal: pisang, epal, pear)

Cara-caranya

- Mulakan dari bubur tepung beras yang sangat halus satu hari sekali, kira-kira sebanyak 1/2 sudu makan pada percubaan pertama. Mengapa beras? Beras memiliki risiko alergi yang rendah.
- Jika bayi sudah mula terbiasa makan, boleh ditambah kuantitinya atau ditambah kepekatan buburnya.
- Boleh menambahkan menu baru kepada bayi. Satu rasa setiap kali, jangan dicampur. Tunggu 4 hari untuk memperkenalkan makanan baru kepada anak, agar nampak apakah bayi memiliki reaksi alergi terhadap makanan itu.
- Beberapa orang menyarankan untuk memberikan sayuran terlebih dahulu sebelum diberikan buah-buahan, supaya bayi tidak lebih dahulu kenal manisnya buah.

Makanan yang perlu dielak

- Madu. Tidak disyorkan untuk bayi dibawah usia satu tahun, kerana ada kemungkinan terkena bakteri Clostridium Botulinum. Bayi belum memiliki imunisasi terhadap bakteri ini.
- Garam. Makanan bayi sebaiknya tidak diberi garam karena belum kuat diproses oleh ginjalnya. ASI dan formula sudah mencukupi keperluan garam ditubuhnya
- Gula. Biarkan bayi tidak terbiasa pada rasa manis yang boleh merosakkan giginya.
- Kacang. Selain ada kemungkinan tersedak, kacang juga sangat berpotensi menimbulkan reaksi alergi
- Susu lembu sebagai minuman. Juga berpotensi menjadi alergen. Kecuali produk susu seperti keju, diperbolehkan setelah bayi berusia 6 bulan.

Makanan yang dihindari hingga usia 6 bulan

- Gandum dan segala produknya. Alergen (boleh menimbulkan reaksi alergi)
- Telur. Alergen, terutama bahagian putihnya yang memiliki banyak kandungan protein.
- Ikan. Alergen
- Buah-buahan masam, seperti jeruk, anggur, nanas. Perut bayi belum kuat untuk diberi makanan masam

Catatan

- Pada usia 4 - 6 bulan ini, ASI atau susu formula masih menjadi sumber utama makanan bayi. Makanan lain hanya sekadar tambahan.
- Belajar makan adalah hal yang terpenting pada usia ini. Jangan bimbang jika bayi anda hanya makan sedikit atau tidak mahu makan sama sekali. Cuba lagi di lain kali.
- Kalau bayi seperti mendorong makanan dengan lidahnya, mungkin bayi belum bersedia menerima makanan padat.
- Selalu menunggu 4 hari untuk memperkenalkan makanan baru kepadanya , agar nampak apakah bayi memiliki reaksi alergi terhadap makanan itu.

Sumber dari website dan majalah

Bagi ibu baru seperti aku mesti tertanya-tanya apa makanan yg sesuai untuk bayi yang baru berusia 6 bulan. 6 Bulan memang usia yang di syorkan oleh jururawat untuk makanan tambahan selain susu ibu atau susu formula. Bagi aku susu ibu tetap yg terbaik.

Aku ada baca dalam majalah keibubapaan seperti pa & ma dan ini banyak membantu ibu baru seperti aku ini. Maklumat online juga amat membantu contohnya susuibu.com dan banyak lagi website yang berkenaan dengan makanan bayi.

Dari semua maklumat yang aku dapat, bayi seusia 6 bulan sesuai di beri bubur nasi yg di kisar halus,puri buah dan puri sayuran. Untuk penambah rasa bolehlah di tambah susu ibu di dlm bubur nasi.