1. Puri Sayur-sayuran
*Terlebih dahulu sayur pilihan perlu di basuh bersih-bersih. Pastikan tiada kotoran yang terlekat pada sayur seperti tanah dan benda asing.
*Setelah bersih sayur dicincang dan bolehlah direbus atau dikukus sehingga lembut dan selepas itu ditapis. Kemudian dikisar bersama-sama sedikit air rebusan untuk diberikan kepada anak.
*Untuk penambah perisa bolehlah ditambah susu badan atau formula dalam puri.


2. Puri Buah-buahan

*Buah yang hendak dijadikan purihendaklah cukup ranum. Buang kulit dan biji kemudian di potong dadu.
*Kukus bersama sedikit air sehingga lembut dan tapiskan.
*Lenyek sehingga hancur.

Hari ini aku mencuba kentang yang direbus kemudian ditambah perisa susu badan. Nampaknya dia boleh terima tak macam bubur nasi campur sayur bayam. Pertama kali bagi dia muka berkerut semacam jek hehehe kelakar muka dia.

Bagi ibu baru seperti aku mesti tertanya-tanya apa makanan yg sesuai untuk bayi yang baru berusia 6 bulan. 6 Bulan memang usia yang di syorkan oleh jururawat untuk makanan tambahan selain susu ibu atau susu formula. Bagi aku susu ibu tetap yg terbaik.

Aku ada baca dalam majalah keibubapaan seperti pa & ma dan ini banyak membantu ibu baru seperti aku ini. Maklumat online juga amat membantu contohnya susuibu.com dan banyak lagi website yang berkenaan dengan makanan bayi.

Dari semua maklumat yang aku dapat, bayi seusia 6 bulan sesuai di beri bubur nasi yg di kisar halus,puri buah dan puri sayuran. Untuk penambah rasa bolehlah di tambah susu ibu di dlm bubur nasi.